Rumusan


Siratan Makanan  

1.
Dalam kehidupan sebenar hidupan tidak makan atau dimakan oleh sejenis hidupan sahaja. Beberapa rantai makanan akan bergabung untuk membentuk hubungan makanan yang dikenali sebagai siratan makanan.
2.
Contoh siratan makanan
Habitat : Sawah padi
   
   
3.
Dalam contoh siratan makanan di atas terdapat 6 rantai makanan:

i.          Pokok padi ® burung pipit ® ular ® helang
ii.         Pokok padi ® tikus ® ular ® helang
iii.        Pokok padi ® belalang ® burung pipit ® ular ® helang
iv.        Pokok padi ® tikus ® helang
v.         Pokok padi ® tikus ® ular ® helang
vi.        Pokok padi ® belalang ® ayam ® ular ® helang
vii.       Pokok padi ® belalang ® ayam ® helang

4.
Kepentingan siratan makanan

(i)
Memastikan kemandirian spesies-jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran.

(ii)
Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber.

(iii)
Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu, bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah.
Contoh : Pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi bilangan ular.

(iv)
Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.

Jom Tonton



apa yang boleh kamu semua rumuskan daripada video diatas????

Peta Minda


Peta Minda Rantai Makanan





Peta Minda Siratan Makanan




Contoh Siratan Makanan



 

Daripada contoh diatas,,cikgu nak kamu semua bina 3 siratan makanan yang lain..bolehkan???
Mari menyanyi sambil belajar..



ok...daripada lagu tersebut..cuba anda bina siratan makanan daripada haiwan-haiwan yang digunakan dalam lagu tersebut..

MaRi Kita BerOriGami

Jom murid-murid kita belajar membuat origami????

Siratan Makanan


Pada post yang terdahulu,kita telahpun mengetahui apa itu rantai makanan, hari ini slipar jepun akan membincangkan apakah itu siratan makanan.


1.Satu jenis makanan boleh dimakan oleh lebih daripada satu jenis haiwan.

2.Contohnya, padi dimakan oleh ayam dan tikus

3.Oleh itu, suatu jenis makanan boleh terlibat dalam beberapa rantai makanan.

4.Rantai-rantai makanan ini boleh digabungkan untuk membentuk satu siratan makanan.
5.Contoh siratan makanan (gabungan daripada beberapa rantai makanan)


6.Siratan makanan diatas terbina daripada gabungan rantai makanan berikut:


&



7.Berikut adalah beberapa contoh siratan makanan:






Rantai Makanan

1. Semua hidupan memerlukan makanan untuk hidup
2. Tumbuhan hijau boleh membuat makanan sendiri tetapi haiwan tidak dapat untuk membuat makanannya sendiri.
3.Maka haiwan perlu memakan tumbuhan ataupun haiwan untuk mendapatkan makanan.
4. Haiwan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan iaitu:


5.Hal ini wujudnya hubungan makanan antara hidupan: Contohnya



  • Padi dimakan oleh belalang.
  • katak dimakan oleh ular
6. Hubungan makanan antara hidupan dalam suatu habitat dikenali sebagai rantai makanan.
7. Rantai makanan boleh ditunjukkan seperti rajah dibawah:











8. Semua rantai makanan bermula dengan tumbuhan hijau kerana hanya tumbuhan hijau dapat membuat makanannya sendiri.

9. Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar
10. Tumbuhan menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga untuk membuat makanannya sendiri.
11. Haiwan bergantung kepada tumbuhan atau haiwan lain sebagai makanan, maka haiwan dikenali sebagai pengguna.
13.Pengguna yang memakan pengeluar disebut pengguna primer. Biasanya haiwan herbivor  atau omnivor.
14.Pengguna yang memakan pengguna primer disebut pengguna sekunder. Biasanya haiwan karnivor atau omnivor.






12. Contoh rantai makanan di habitat berbeza



-Sawah padi





- Habitat paya bakau


- Habitat dilaut
kita akan sambung lagi perkongsian ilmu pada post yang akan datang

TeriMa KaSiH kerana MenGunJunGi BloG SliPaR JePuN..